Saturday, June 4, 2011

NUR KASIH THE MOVIE





alhamdulillah baru sahaja selesai menonton NUR KASIH THE MOVIE.

tahniah diucapkan kepada krew yang menjayakan nur kasih the movie. saya yakin dan percaya movie ini TERBAIK yang pernah saya tonton. TAHNIAH SERIBU KALI TAHNIAH...

berdasarkan tontonan saya ingin berkongsikan sedikit cerita nur kasih the movie dengan sahabat-sahabat semua berdasarkan kaca mata saya. jika nak gambaran pasti lagi benar baik pergi wayang tonton sendiri... insyaALLAH banyak pengajaran yang boleh kita dapat....



SINOPSIS
nur kasih the movie menceritakan sebuah kisah kehidupan yang berkisarkan tentang nur amina dan adam. nur kasih menceritakan tentang suka duka yang terpaksa di harungi oleh adam mahupun nur amina. nur tinggal bersama adam di kampung di rumah sebelah suaminya, adam. rumah tersebut di diami oleh ibu adam, abng aidil dan anaknya serta nur. isteri kepada aidil telah meninggal kerana terlibat dengan satu kemalangan . maka tinggallah 2 orang anak bersama aidil. seorang lelaki dan seorang lagi perempuan yang bernama alias dan maria. perjalanan kisah hidup nur dan adam di warnai dengan semangat perjuangan adam dan nur untuk membantu remaja-remaja masalah dengan memberi didikan agama dan kerohanian secukupnya. sewaktu adam sedang memberi pengajian kepada remaja-remaja tersebut nur telah menerima panggilan daripada seorang doktor yang mengesahkan dia mengandung. namun demikian sekali lagi mereka diduga dengan keguguran kandungan. adam dan nur telah pergi melancaong ke jordan. bermulalah detik terindah dan cemas dalam kisah ini......

nak cerita banyak lagi kena tengok sendiri la rasanya...

saya ingin berkongsikan pengajaran yang terdapat dalam movie ini...

yang pertama

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

yang kedua

berdakwah perlukan pengorbanan dan kesetiaan serta kekuatan mental.

yang ketiga

hargailah selagi masih ada

yang keempat

hidup ini hanya sementara sahaja, tiada apa yang akan berkekalan. ayuhlah sama-sama kita meraih dan mengerjakan amal ibadah sebanyak yang boleh...

yang kelima
sentiasa bersyukur dan terus bersyukur kepada ALLAH swt..... saya sendiri tak terucap syukurnya... besar nikmatNYA.....

apa yang ana cadangkan... sahabat semua mesti tengok ... inysaALLAH ada manfaatnya dunia dan akhirat... insyaALLAH...

Saturday, May 28, 2011

tasbih cinta khadijah

28 mei 2011, jam 11.59,tamatlah sebuah cerita yang agak menyentuh hati ini. menceritakan kisah sebuah keluarga yang terdiri 3 orang ahli, isteri dan suaminya serta seorang anak perempuan. isterinya bernama khadijah manakala suaminya pula bernama afiq. sayang seribu kali sayang. sang suami tidak tahan dengan ujian ALLAH seterusnya bertuhankan nafsu mencari nafkah. suaminya telah menjadi mangsa pada nafsunya dengan menjual dirinya kepada wanita kaya yang kegersangan nafkah batin. dunia bagaikan terbalik.


pengajaran daripada cerita ni banyak
1. hargai seseorang sebelum terlambat
2. taubat kepada ALLAH sebelum terlambat
3.jangan kufur nikmat
4.kembali kepada ALLAH

semoga kita dapat ambil iktibar sedikit sebanyak... insyaALLAH

Friday, May 27, 2011

selagi masih ada waktu, HARGAI sebelum hilang ~

selagi masih ada waktu,

marilah kita bersama-sama bertaubat kepada ALLAH, kerana sakaratul maut tidak pernah mungkir pada waktunya, sampai masa tibanya waktu seperti telah tercatat maka pergilah kita selama-lamanya dari dunia ini, dijemput oleh sahabat yang sangat mengenali kita, barangkali kita tidak tahu dan mungkin tidak mengambil tahu bahawa malaikat izrail seringkali melawat kita 72 kali sehari. nescaya dialah sahabat yeng mengenali kita lebih daripada diri kita sendiri mahupun ibubapa kita. tapi kita kena tahu bahawa ALLAH lagi maha mengetahui.

kehidupan kita kekadang sentiasa terasa indah. mungkin terasa indahnya hidup kerana punya wang yang mencukupi menampung kehidupan sebagai seorang remaja. mungkin juga punya teman yang setia lagi baik yang bakal menemani kehidupan di duia yang sementara ini. apa pun itulah keinginan manusia sarwajagt kini. mereka tidak lari daripada kehendak dunia. ada yang punya sahabat yang baik, tetapi ditinggalkan.

selagi masih ada waktu. marilah kita bersama-sama menasihati antara satu sama lain, agar ALLAH merahmati kita semua seterusnya kita dapat membina satu dunia yang penuh dengan kasih sayang kerana ALLAH. tetapi sejauh manakah manusia bersedia mengerjakan sunnah besar ini. sunnah besar yang dimaksudkan ialah berdakwah.

kekadang kehadiran orang yang menasihati kita seringkali dirasa janggal dan mengganggu akal dan fikiran. kekadang kehadiran seorang sahabat tidak di lihat sebagai satu rahmat ALLAH kepada kita. akhirnya kita biarkan dia dan tidak pedulikan sehingga dia pun hilang dari akal kita. sayang seribu kali sayang.

saya ingin menyeru kepada rakan semua hargailah apa-apa yang hadir dalam kehidupan dengan sebaiknya. apabila kita hilang, pasti tiada yang tumbuh hilang berganti. hidup ini hanya satu kali. dunia ini hanya sementara. ayuhlah kita bersama bergandingan berkasih kerana ALLAH seterusnya wujudkan biah islam yang terindah.

mudah-mudahan coretan yang ringkas ini dapat menyedarkan kita bahawa manusia ini sentiasa bergantungan, marilah bersama-sama kita bergantung kepada ALLAH.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU


selamat hari guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia, jasa kalian amat dikenang dalam mendidik anak bangsa. Tidak kenal erti lelah dan jemu. Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian di dunia dan akhirat. guru umpama lilin yang membakar diri dan menerangai anak didiknya. ungkapan ini seringkali kita dengar, dalam hati mereka penuh dengan rasa tanggungjawab mendidik anak bangsa... besar jasa kalian... terima kasih

kepada rakan seperjuangan yang bakal menjadi guru, persiapkanlah dirimu dengan ilmu yang bermanfaat, marilah kita bersamamenjadi guru yang berkualiti, bukan sahaja mengajar tetapi juga membri nasihat dan bimbingan kepada anak murid kita dalam mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran hidup bermasyarakat. semoga kita dapat menjadi seorang guru dan murabbi yang baik insyaALLAH...




Friday, May 13, 2011

kesenangan selepas kesusahan

jangan difikir derita akan berpanjangan , kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak akan berpanjangan , setelah kabus berlalu pasti akan cerah kembali,

mesti pernah terdengar dalam lagu 'kehidupan' yang dinyanyikan oleh nazrey.

kadang-kadang kehidupan kita ditimpa kesusahan yang berulang kali, sedar atau tidak itulah tanda kasih ALLAH kepada kita. mungkin hari ini kita dalam kesepian dan disakiti oleh orang lain. ingatlah esok kehidupan kita penuh bermakna dan milik kita. ada baiknya kita bangun kembali dan abaikan mereka yang sentiasa menyakiti kita. ingatlah satu kesusahan akan di akhiri dengan 2 kemudahan. ujian adalah suatu lumrah kehidupan. sampai masa semuanya akan terbalas kembali.

law of attraction tak pernah ada penghujungnya, maka kita mestilah berfikir apa yang kita mahu... thought become things... orang lain tidak boleh membantu diri kita melainkan kita membantu diri sendiri. kita perlu menjadi kuat dan tabah, kerana dunia bukannya tempat untuk bergelak dan ketawa sepuasnya... barang siapa yang mengisi dengan hilai tawanya didunia maka diakhirat nanti tangisan temannya... so, kepada sahabat yang dilanda ujian dan sebagainya sabarlah dan berserahlah kepada ALLAH... kerana kekadang suatu perkara yang baik kita lakukan kekadang ada yang membenci kita

tak mengapa, carilah redha ALLAH walaupun dengan kemurkaan manusia... tapi jangan cari keredhaan manusia tetapi mendapat kemurkaan ALLAH... nauzubbillah...

semoga hari ini ALLAH merahmati kalian semua...

Friday, April 22, 2011

SANG DAI'E YANG BERTATIH...



Kesamaran mentari yang menyinar pagi, memecah mulus mega yang berarak di tanah kegersangan kekuatan dalam diri seorang dai’e. Seorang dai’e yang berjalan di tanah berdebu, mengalir air mata bersendirian, menangisi kemasyalatan ummah yang tak mungkin mampu ditanggung bersendirian. Apatah lagi sahabat dahulunya seiring dan sekata kini beralih angin, menjadi bayu yang dingin membaluti tubuh sang dai’e yang lelah. Segenggam tabah dipertahankan agar menjadi bekalan sepanjang perjuangan. Setiap onak yang berduri yang ditempuhi, setiap lurah dan lembah yang dilalui menjadi cetera kehidupannya.

Dikala bersendirian mencari kekuatan menghirup seteguk nafas, ikhwah yang setia pasti bertandang meniup semangat perjuangan yang belum selesai. Tapi semangat-semangat itu kekadang mungkin bisa terluntur ditengah jalan dek kerana nista pejuang bertalam dua. Sang dai’e fikir mungkin sudah ketemu sahabat seperjuangan menegakkan syiar dikala luar perantauan . Tapi malangnya hanya menangguk di air yang keruh. Sesekali rebah dalam lompang yang berlumpur. Terpalit penderitaan sendirian, sang dai’e bangun walaupun sukar menghela nafas ketenangan. Setiap kali keluarnya bermujahadah pasti pulangnya dengan palitan debu kesengsaraan yang membungkam jiwa. Air pancutan menyimbah tubuh diri sang dai’e, mengalir lesu menghilangkan noda di hatinya. Tangannya terketar-ketar membuka kitab kalamullah, mencari kekuatan meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Sesekali, dia terpandang pada sahabatnya tanda mohon simpati akan nasib diri. Sang dai’e sedar bahawa berharap pada manusia tiada gunanya kerana segala miliki yang hak adalah ALLAH semata-mata. Sahabatnya belum pasti dapat membantunya dalam perjuangan ini. kerana sahabat itulah pejuang dua talam. Matanya berkaca memohon ALLAH memberi jalan padanya dan sahabatnya. Setiap kalam doanya adalah bermohon kepada yang ESA agar memberi kekuatan padanya seterusnya menyedarkan sahabatnya tentang perjuangan yang belum selesai. Sesekali dia terkesima, mengalir air mata sendirian kerana derita yang ditanggung. Bertatihlah sendirian di alam maya mencari secebis kekuatan daripada ikhwah yang berada jauh di mata tapi dekat dihatinya. Sesekali terteguk air liur membasahi tekaknya yang dahagakan kekuatan perjuangan.

Alhamdulillah, kekuatan yang dicari ketemu jua, segala diskusi dilakukan dengan teliti agar tiada yang tersilap langkah dalam membina jati diri insan. Secupak kekuatan segantang kudrat, sang dai’e terus menggagahi diri mengharungi waktu-waktu yang bergolak. Syukur pada ALLAH, menghantar seorang sahabat jauh dari selatan tanah air, menghulur tangan kasih bersaudara. Sahabat itu telah memberi nafas inspirasi pada sang dai’e yang bertatih agar terus berjalan, berjalan dan terus berjalan sehingga boleh berlari menggapai halawatul iman. Sang dai’e sedar dan hembuskan nafas kekuatan dalam catatan buat sahabatnya yang mungkin tersadung ditengah jalan.

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang, Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH. Dengan lafaz ‘bismillah…’ ku pohon bacalah sehingga akhirnya. Semoga ALLAH merahmatimu.

Assalamua’laikum

Salam sayang dan kasih kuhulurkan buat sahabat yang disayangi, ku tahu bahawa diri ini adalah insan yang tidak sempurna. Diri ini penuh dengan cacat dan cela yang mungkin zahirnya sempurna tetapi diri ini sedar banyak yang tempang. Diriku mungkin kalian menganggap aku ni seorang manusia yang pelik dan mungkin pemikiran kita kekadang seperti menongkah arus. Mungkin juga tika waktu kita sehaluan memberi pendapat. Walaupuin kekadang gelora kehidupan merempuh menyakitkan hatiku, Namun hatiku tetap mencintai dan menyayangi dirimu kerana ALLAH. Wahai sahabat yang ku sayang. Bingkisan kalam ku tulis padamu wahai sahabat adalah kata-kata hati kecilku.

Aku yakin kau sedar apa yang aku sedang lakukan. Ku tahu kau banyak merahsiakan ceritamu daripadaku, aku sedar aku bukannya seorang sahabat yang baik kerana seringkali menyusahkan dirimu, aku amat sedar bahawa aku juga bukannya seorang penolong yang baik di saat kau dalam kesusahan, mungkin aku saja yang bertepuk sebelah tangan mengankat kau sebagai seorang sahabat yang ku kasihi. Tetapi apakah kau seringkali mengangkatku sebagai sahabat yang baik disisimu. Kita amat berbeza, tetapi akan ku cuba mencari persamaan, semakin ku cuba mencari haluan yang sama denganmu. Aku semakin sedar bahawa perbezaan inilah melengkapkan diri kita antara satu sama lain.

Andai rasulullah berada disisiku, akan ku tangisi nasib ini. kekadang aku seperti kebodohan kerana mengangap engkau adalah sahabatku yang terbaik. Segala bakti ku curahkan kerana aku telah beriman kepada rasulullah. Rasulullah telah berpesan, orang islam adalah bersaudara. Sayangilah saudaramu seperti mana kamu menyanyangi dirimu. Aku amat mencintai diri ini. apakah salah tindakan diriku kepada dirimu. Atau aku tersalah langkah dan anggap pada dirimu wahai sahabat.

Dahulu aku selalu berkumpul dengan para ilmuan yang datang dari seluruh pelusuk tanah air. Mereka musafir di negeri orang. Merekalah ahli usrahku yang ku kasihi. Kau tidak meminta aku berkorban walaupun setitik peluh, tapi tetapi aku dengan rasa tanggungjawab mengorban diriku untuk membantumu ya sahabatku. Aku cuba menghulurkan tangan dan buhul persahabatan. Kekadang kau tidak menyambutnya. Kekadang kau cuba rentap buhul yang ku hulurkan . aku tidak kuat wahai sahabat. Setiap rentapan pasti akan menarik ku jatuh ke lembah yang sama. Ku cuba daki. Aku mengajak kau sahabat. Tapi kau tidak hiraukan aku. Sakit rentapan berbekam di hatiku. Kekadang aku terpinga-pinga apakah tindakan ku ini sia-sia. Wahai sahabatku. Apakah aku ini hina. Sehinga tidak layak bersahabat denganmu. Dan adakah aku tidak punya ruang di atas muka bumi ini untuk melihat kita sama-sama merasakan halawatul iman.

Katakan kepadaku. Wahai sahabat apakah aku tidak cukup baik menjadi sahabat kepadamu. Apakah kesalahan aku kepadamu, apakah aku telah melukai dirimu. Dengan lafaz wallahi, watauallahi wabillahi katakan kepadaku dengan jujur. Sayangku sahabat, setiap kali pemergian kau atau berpisahnya kita buat seketika, ku iringkan doa qudus buat dirimu, janganlah kau tersalah langkah. Janganlah kau tersalah langkah. Sesungguhnya telah sampai ilmu-ilmu berkaitan dengan kehidupan islami kepadamu. Mengapa engkau tidak amalkan. Dan mengapa kau tidak sampaikan kepada ku jua. Dengan titsan air mata, janganlah kau sia-siakannya. Demi ALLAH, sedarlah sahabatku, sikapmu bisa mengguris perasaan insan yang lain. Kau pernah lafazkan kata-katamu yang tidak mahu guris perasaan insan yang lain sedangkan perbuatanmu sedang menoreh jiwa seorang sahabat yang amat mengasihi padamu.

Saidina Ali pernah menyatakan”selemah-lemah manusia ialah yang tak dapat mencari sahabat dan yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari…”. Sahabatku, perjuangan ku tidak akan putus kerana diikat dengan rantai iman, mujahid tidak akan keseorangan kerana diikat dengan rantai ukhuwah, istiqamah dalam perjuangan bukti keimanan, insyaALLAH ukhuwah yang terbina akan kekal selamanya kerana bertunjangkan ALLAH S.W.T. uhibbukum fillah.insyaALLAH. sahabatku andai engkau melihat seseorang yang berbudi luhur, berusahalah untuk menyamai kebaikkannya dan kalau engkau bertemu dengan seseorang yang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri. Mungkin diri ini juga perlu muhasabah kembali dengan harapan ALLAH memberi kekuatan untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sahabatku, pertemuan kita sudah ditakdirkan, antara kita tidak pernah dirancangkan. Manalah takdir yang hendak dilawan kerana semuanya adalah ketentuan tuhan. Mungkin ini adalah coretan kenangan kita bersama yang telah kita lalui, suka dan duka memburu impian atau kejayaan dunia dan akhirat. Moga ikatan kita semakin teguh berpasakkan kesetiaan. Sahabat yang ku kasihi, susah senang kau disisiku. Daku ucapkan terima kasih dan juga ingin memohon maaf kerana tidak dapat bersamamu dalam susah dan senang. Aku mengerti perkataan ‘maaf’ tidak dapat mengungkapkan segala-galanya. Tapi itulah yang termampu untuk ku ucapkan padamu sebagai seorang insan yang amat kikir di sisi ALLAH.

Sahabatku, kehadiranmu di sisiku sedikit sebanyak mengubat rasa sedih, sepi dan resah dalam hidupku. Kekadang kau menghilang dari pandangan mataku, ku ingin kau tahu kau tetap dalam doa di hatiku. ALLAHAMDULILLAH, ku rasa amat bertuah punya sahabat sepertimu kerana banyak menguji diri ini. terima kasih kerana disaat ku pinta nasihat dan pendapatmu, kau sudi membimbing dan menasihatiku. Hanya satu dalam seribu yang mampu membuat seperti mana kau lakukan terhadap diriku. Sahabat ku gelintar dalam kabut silaturahim, izinkan ku telusuri tali silaturahim sehingga ku lihat segala hikmah antara kita berdua. Apabila kabut berlalu ku sedar akan kelemahan diriku. Sahabatku, kekuatan hati akan terbina dengan lima perkara. Yang pertama, baca AL-QUR’AN DAN MAKNANYA, yang kedua, SOLAT MALAM DILAKUKAN, yang ketiga BERKUMPULLAH DENGAN ORANG YANG SOLEH, yang keempat, BERBANYAKLAH BERPUASA, dan yang kelima, ZIKIR DI PANJANGKAN. Ku sedar segala kelemahanku bila ku tenung kembali ubat hati. Kini ku jarang berkumpul dengan orang yang soleh dan puasa sunat. Ku sedar kelemahan ku ini boleh merosakkan diri. Semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan taufik daripada ALLAH SWT.

Daku pasti diri ini bukannya tempatmu berkongsi cerita kerana ada orang yang lebih baik pendengaran daripadaku, namun demikian aku akan bermujahadah bersangka baik kepada kalian kerana itu amanat rasul. Sahabatku yang amat ku kasihi cukup setakat disini sahaja nukilan mahabbah buatmu. Semoga ALLAH berikan pengampunan kepada kita semua dan tunjukkan jalan-jalan kebenaran. insyaALLAH.

oleh : tinta zamrud



p/s : sejauh manakah kita menghargai sahabat yang ada dekat dengan kita, adakah kita sedar akan kehadiran seorang sahabat... disaat dia di sisi adakah kita pernah ucapkan kata sayang kerana ALLAH... saidina ali berkata : sesungguhnya amat lemah seseorang itu jika tiada seorang sahabat , tapi lagi lemah dan teruk ialah seseorang yang ada sahabat tetapi mensia-siakan sahabatnya....

Wednesday, March 16, 2011

ANTARA KEJUJURAN DAN KEPERCAYAAN (PART 2)...

ALHAMDULILLAH

setelah sekian lamanya bermuzakarah dan bermuhasabah diri akhirnya diri ini sedar bahawa ada satu perkara yang sangat penting iaitu 'ALLAH'... everything just about ALLAH... apa yang kita lakukan mesti kerana ALLAH. bila kita lakukan sesuatu perkara kerana menjaga persahabatan, kerana orang dan sebagainya... percayalah syaitan akan turut masuk campur dalam urusan kita semua kerana tidak disertakan kerana ALLAH.

ana dengar besar hati nak kongsi antara pendapat daripada rakan-rakan...

  • Fer Iesha
    hmmm... agak rumit di situ melibatkan kejujuran n kepercayaan. ana rasa bergantung kpd keadaan, dgn kewarasan n tanpa berat sebelah utamakan yg mana lebih kpd kebaikan. plg penting, sahabat slatan kna taw pa sbb shbt utara nk rahsiakan smua tu sdgkan rahsia tu mmbawa kemudaratan. kemudaratan xdigalakkan, kejujuran tu penting. ana da 1 kisah sorg pencuri larikan diri dr pengawal lalu masuk dlm masjid n mtk tukang sapu jgn gitau kat pengawa dia da kat situ. demi kejujuran, tukang sapu gtaw pencuri da kat situ. pd ms yg sama, dia berdoa supaya Allah kaburkan pandangan pengawal. bila taw hal yg sbnar, pencuri rasa malu pd Allah n bertaubat...dlm kisah ni, kejujuran n kepercayaan diambilkira..
    19 hours ago ·
  • Fer Iesha n hasilnya bila kejujuran n kepercayaan diambil kira dgn niat yg bek n kerana takutkan Allah, insyaAllah dipermudahkan n diberi keberkatan n kebaikan dgn izin Allah... harap soalan anta terjwb sbb ana pon cetek ilmu...


    Haryati Anang apabila jujur, akan mudah untuk mendapatkan kepercayaan seseorang...walau bagaimanapun kita kena bijak menilai dan memilih waktu dan ketika kejujuran itu perlu dipertahankan agar tidak mengkhianati kepercayaan seseorang..


    Zul Ahmad perlu pgng pd jnji....jika perlu,brtanya dhulu kpd empunya dr yg mmberi kprcyaan pd kita utk mnyebarkn hal tersebut kpd org lain atas sbb2 tertentu.wallahua'la


    banyal lagi pendapat yang diberi dan nasihat diterima, cuma ana tak tahu kat mana nak selongkar dalam facebook ... apapun harap-harap dapat membantu kepada sesiapa yang tersepit antara 2 persimpangan ni... semoga ALLAH merahmati kita semua.. ingat EVERYTHING JUST ABOUT ALLAH....