Monday, May 4, 2009



Tentang diriku dan pandangan tentang sahabat.



My name Muhammad Hafeez Bin Ismail. I was born on 14 april 1990 at no 7, kg wang perah, changloon. Now I leave in Taman Mahsuri at Jitra, Kedah. My background education… urm… whhen I was standard 1 untill standard 6 I'm Sstudy at sekolah kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin. After that, on 2003 I futher my study at smk Bandar Baru Darulaman then I go to mara junior science colledge on 2006. and now im here follow the course to be a teacher . I don’t mind about that. Well you know me im just only ordinary student.


Perh… seksa juga nak habih ayat kat atas to dalam bahasa inggeris. Al maklumlah C untuk cemerlang ha ha ha. Itu sume latar belakang pendidikan ku. Tapi ana ni jenis yang pentingkan ukhuwah. Setiap ukhuwah yang terjalin mesti kita jalinkan dengan nama ALLAH baru la diberkati dan tergolong dalam golongan yag di lindungi ALLAH di padangmasyar kelak. Ye la sapa yang tak nak betul tak. Apa salahnya kalau kita selam sambil minum air ni di sebelah ni sume kawan kawan ana. Dalam kalangan kawan-kawan ana ada sahabat, sahabat ni kiranya orang yang rapat dengan ana dan banyak memberi nasihat dan pandangan yang dapat membina diri ana. Dan lagi satu sahabat ni dia akan bersama kita walau dalam keadaan susah ataupun senang. Seandainya ana di medan perang perkara yang akan bawa bersama ialah pedang dan perisai. Ana analogikan dua orang sahabat ana seperti itu. Sorang pedang dan sorang lagi perisai. Andai ana tewas di medan perang ana harap ada orang yang akan sambut pedang ana untuk meneruskan perjuangan. Orang tu pun ana dah kenal sapa. Tapi ana amat sayangkan sahabat ana. Kasih sayang ana dengan diaorang ni baru 1%. Kita kena ingat kasih sayang ALLAH tu 99% banyak tu… rasulullah juga pernah bersabda sayangilah saudaramu seperti mana kamu menyayangi dirimu. And saidina umar al khattab juga pernah berkata. Tiada yang leebih indah selepas nikmat islam melainkan nikmat bertemu teman yang soleh, andai kau berjumpa dengan orang yang soleh maka peganglah seteguh-teguhnya. Itu kata rasulullah dan umar. Cukup lah untuk mencerminkan kenapa saya sangat sayang sahabat-sahabat saya. Kalau kawan-kawan ana, ana bernaik mereka kerana ALLAH dan memelihara perkara dalam hablulminannas. Tak lebih dari itu. Teman ana adalah pemegang panji perjuangan menegakkan islam di atas muka bumi. Apa yang nak dari sahabat-sahabat ni Cuma beberapa perkara ja yaitu… 1. tunai solat 5 waktu sehari semalam dan peringati ana seandainya ana terleka. Keduanya pegang teguh dengan klamullah dan hadith rasullullah dan bimbinglah serta tegurlah ana andai ana terleka dan alpa tentang itu. Ke-3 senyumlah pada ana ketika ana sedang gembira. Dan peluklah ana dikala ana berdukacita. Seandainya antum berbuat demikian ana memohon pada ALLAH yang maha ESA untuk permudahkan urusan antum semua. Dan ana akan menbantu sahabat-sahabat ana sedaya yang boleh. Dan ana nak sangat agar kita di akhirat kelak jadi golongan yang berhimpun dibawah pepohon yang rendang disamping membicarakan tentang kebesaran ALLAH swt. Apakah ana akan dapat semua itu.? Ana berserah kepada ALLAH. Apa yang penting setakat ni antum perlu tahu ana uhibbaa anta ya ikhwah :-) moga kita berjaya dunia dan akhirat...
KATA-KATA PUJANGGA


ORANG YANG BERJAYA BUKAN ORANG YANG LUAR BIASA TETAPI ORANG YANG BERUSAHA LUARBIASA. . .


ALLAH PASTI AKAN MEMBERI KEJAYAAN . . . . . . .
. . . . . . . KEPADA ORANG YANG TELAH BERUSAHA
BERSUNGGUH-SUNGGUH ...




USAHA + DISPLIN + TAWAKAL
= KEJAYAAN

SELAGI ADA TENAGA ,BERUSAHALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH ,MAKE SURE SEGALA TUGAS SIAP TEPAT PADA MASA YANG TELAH DITETAPKAN DAN AKHIR SEKALI BERSERAH KEPADA ALLAH YANG MAHA KUASA... INSYAALLAH KEJAYAAN PASTI MENANTI KITA DI SANA...



USAHA TANGGA KEJAYAAN
JANGAN MENYERAH KALAH
SELAGI PERJUANGAN BELUM SELESAI



INGATLAH
UNTUK BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT
KITA PERLULAH
TAAT KEPADA ALLAH,
TAAT KEPADA IBUBAPA
DAN JUGA GURU



SELALU BERFIKIRAN POSITIF
REMEMBER ALLAH EVERYTHING WILL BE O.K.



KEJAYAAN BUKAN TERLETAK KEPADA PENCAPAIAN TETAPI PADA
USAHA



BERKAWAN BIARLAH SERIBU,
BERKASIH BIARLAH SATU
CARILAH KAWAN YANG MEMBANTU KITA
BUKANNYA
MEMBANTUT KITA,
CARILAH KAWAN YANG MEMBINA KITA
BUKANNYA
MEMBINASA KITA




SELAGI PERJUANGAN BELUM SELESAI ....
YANG DI BELAKANG BELUM KALAH JADI JANGAN KECEWA ,
YANG DI HADAPAN BELUM MENANG , JADI JANGAN LEKA,.....


UNTUK BERJAYA,
CARILAH KAWAN YANG MEMBANTU ANDA
BUKANNYA
MEMBANTUT ANDA,
CARILAH KAWAN YANG MEMBINA ANDA
BUKANNYA
MEMBINASA ANDA




KEJAYAAN SEPERTI JARINGAN BOLA ,
PEMAIN ITU ADALAH KITA ,
SEMAKIN BANYAK BOLA DI TENDANG-(USAHA)
SEMAKIN DEKAT DENGAN GOAL,
HANYA BERGANTUNG KEPADA DIRI KITA UNTUK MELAKUKAN JARINGAN............
OLEH YANG DEMIKIAN
SET YOUR TARGET & JUST DO IT

SETIAP ORANG PERLU MENGHADAPI DUA
KESAKITAN IAITU KESAKITAN :
SAKIT KERANA MENDISPLINKAN DIRI SENDIRI
@
SAKIT KERANA MENYESAL
PEACE90ZAMRUD
Jika kamu memudahkan urusan mukmin yang lain maka ALLAH akan memudahkan kamu dan jika kamu menyusahkan mukmin yang lain maka ALLAH akan menyusahkan kamu...


LAKUKANLAH WALAUPUN SERINGAN-RINGAN IBADAH KERANA DI SITU TERLETAKNYA KEREDHAAN ALLAH SWT DAN JAUHILAH WALAUPUN SEKECIL-KECIL MAKSIAT KERANA DI SITU TERLETAK MURKA ALLAH SWT...





PESAN AHLI ZUHUD YANG TERKENAL PADA ZAMAN KEGEMILANGAN ILMU KOTA BAGHDAD:
JADIKANLAH DUNIA DI DALAM GENGGAMAN MU BUKANNYA DI HATI MU KERANA HATI ADALAH TEMPAT KITA BERZUHUD KEPADA ALLAH SWT.......




INGATLAH KEJAYAAN TANPA KEREDHAAN ALLAH HANYALAH SIA-SIA .
LAKUKANKAN OLEHMU SERINGAN-RINGAN AMAL IBADAH SESUNGGUHNYA DI SITU TERLETAKNYA KEREDHAAN ALLAH SWT
DAN
TINGGALAH SEKECIL-KECIL MAKSIAT KERANA DI SITU TERDAPAT KEMURKAAN ALLAH SWT
HARAPAN BERSAMA SAHABAT
Pada 17 julai 2008, Ana telah menjejaki kaki di bumi IPSAH yang ana belum pasti apakah ana boleh teruskan perjuangan disini. Ana tak tahu apakah bumi IPSAH ini lubuk emas umpama MRSM yang hanya ana perlu bawa penukul untuk menimba emas. Ana menyilinap seluruh pandangan bumi keguruan ini dengan bekalan yang tak seberapa. Ana sangkakan kehidupannya penuh kecelaruan seperti ana di matrik dahulu. Pandangan ana amat meleset sekali.rupa-rupanya kehidupan di sini umpama syurga belajar. Tiada tekanan yang perlu di tanggung ana.
Pada nafas pertama ana di bumi IPSAH ini, ana cukup gentar untuk mencari sahabat yang boleh menemani ana dalam perjuangan yang belum pasti penghujungnya. Apa yang pasti ikhwah ana di bumi ini umpama dedaunan yang melata hijau. Tapi yang mana satu boleh ana harapkan. Pada hari kedua, ana terlihat kerdipan harapan daripada murabbi di IPSAH, ustaz Dr Reduan. Ustaz ini ku kenali melalui murabbiku, cikgu yang aku paling kasihi, cikgu Zamri. Untuk pengetahuan kalian cikgu Zamri bukan sahaja mengajar ilmu duniawi kepadaku, tetapi dia telah mengajar ilmu kehidupan untuk mencapai halawatul iman. Ana uhibba anta ya cikgu. Daripada cikgu Zamrilah yang telah mendidik ana dalam mencari sahabat yang benar yakni yang bertunjangkan kerana ALLAH semata-mata. Dari situ, ana dapat lihat faedah dunia dan akhirat. Sesungguhnya ALLAH telah berjanji salah satu golongan yang berada di bawah naungan ALLAH ketika di masyar kelak adalah golongan yang berkasih kerana ALLAH s.w.t. .
sekarang sudah tiba masanya ana mencari sahabat untuk menemani ana berjuang dalam menegakkan syariat ALLAH s.w.t. di bumi IPSAH. Ana telah bbersedia untuk mengembangkan sayap dan belajar untuk terbang mewarnai kehidupan ana dan sahabat dengan didikan jiwa daripada naqib ana, abang Shauqy. Pada penggal semester yang lalu ana gelintar dalam asbut. Dimana sahabat yang ana perlu damping. Ana cuba berpaut pada dedalu kehidupan dunia. Tapi itu semua hanya parasit semata-mata. Ana mencari, meredah hutan kehidupan manusia. Mencari cahaya sinar harapan untuk bersahabat. Disebalik semak samun hutan itu ana terlihat aliran sungai yang mengalir lesu ke muara. Sungai itu rupanya sedang merintih dengan kepiluan. Sungai itu menghamburkan air keresahan dalam jiwa ana. Ana terus berjalan mencari pinggir hutan itu. Setibanya ana disana, gerimis pilu telah mengghiris dada langit harapan ana. Tiba-tiba terpancar sinar daripada mega keresahan itu. Sinaran itu indah sekali. Ana tidak pernah lihat sinaran yang bercahaya emas. Pantulan cahaya itu menyimbah bumi. Ana berpaling didada langit, ana toleh ke belakang. Ana terlihat pula pelangi kebahagiaan yang terbias dari cahaya tadi. Ana baru mengerti rupa-rupanya kehadiran cahaya pada gerimis pilu itu gandingannya adalah pelangi kebahagian.
Kini ana telah menemui sahabat yang bisa menemani ana dalam perjuangan. Apakah kalian tahu dan mengerti siapakah mereka. Cahaya dan pelangi itulah sahabat ana. Kini ana yakin untuk bergerak dalam hutan itu. Dengan gandingan cahaya dan pelangi itu, ana akan simpulkan dengan persahabatan yang berpaksikan ALLAH.sahabat ana kira antum berdua sudi untuk menemani ana dalam perjuangan kalian. Ana akui ana memang seorang lemah, banyak kekurangan yang perlu ana baiki. Ana pinta pada kalian pimpinlah tangan ana tunjuklah perkara yang hak agar ana tidak menyimpang dari jalan yang benar.
Tapi, mengapa kalian seolah-olah ingin mengelak dari ana sedangkan kita menangguk di kolam yang sama, bersiram dari air yang sama. Apakah kerana kalian sudah terjebak dengan lakonan jiwa yang palsu, yang antum belum pasti. Sahabatku, ana bukannya cemburu atau iri hati dengan antum yang berwajah indah kurniaan illahi. Tapi ana bimbang antum tidak dapat bertahan dengan pedihnya cinta manusia yang bernama wanita yang belum pasti. Kecualilah isterimu yang pasti akan menemani kalian di syurga kelak. Sahabat akan ana cuba memberi peringatan kepada diri ana dan kalian dengan cara yang penuh hikmah.
Sahabatku, harapan ana pada antum ialah peganglah buhul yakni tali syariat dengan seteguhnya, dan janganlah antum tinggalkan ana bersendirian walaupun ALLAH bersamaku, ana inginkan sahabat yang boleh menemani dalam perjuangan menegak hak dan batil di bumi IPSAH ini.duhai sahabat angin semilir itu menyapa pipiku terasa nyaman menyetuh kalbu. Sahabat, kalian mesti pernah mendengar setiap pejuang aada temannya. Seperti penghulu kita, nabi Muhammad teman perjuangan baginda ialah saidina Abu Bakar. Nabi Musa pula teman perjuangannya ialah nabi Khidir. Nabi Sulaiman pula permaisuri Balqis yag bijaksana. Dan teman dalam perjuanganku adalah kalian .
sahabat ana rasa cukuplah setakat ini dahulu kalam disulam sebagai wadah melepaskan rasa rindu pada kalian. Rindu untuk berjuang bersama-sama, bergurau senda dan melakar potret kehidupam yang indah bersama kalian. Ana berundur diri dengan doa pada tuhan yang Esa agar ana pergi terlebih dahulu daripada antum berdua kerana ana tak sanggup menghadapi perpisahan dengan antum berdua. Ana amat berharap kita dapat bertemu di sana didalam taman-taman yang telah tercatat dalam al qur’an. Berkumpul sambil memuji illahi. Sekian sahaja salam rindu dan harapan pada antum berdua…