Friday, May 27, 2011

selagi masih ada waktu, HARGAI sebelum hilang ~

selagi masih ada waktu,

marilah kita bersama-sama bertaubat kepada ALLAH, kerana sakaratul maut tidak pernah mungkir pada waktunya, sampai masa tibanya waktu seperti telah tercatat maka pergilah kita selama-lamanya dari dunia ini, dijemput oleh sahabat yang sangat mengenali kita, barangkali kita tidak tahu dan mungkin tidak mengambil tahu bahawa malaikat izrail seringkali melawat kita 72 kali sehari. nescaya dialah sahabat yeng mengenali kita lebih daripada diri kita sendiri mahupun ibubapa kita. tapi kita kena tahu bahawa ALLAH lagi maha mengetahui.

kehidupan kita kekadang sentiasa terasa indah. mungkin terasa indahnya hidup kerana punya wang yang mencukupi menampung kehidupan sebagai seorang remaja. mungkin juga punya teman yang setia lagi baik yang bakal menemani kehidupan di duia yang sementara ini. apa pun itulah keinginan manusia sarwajagt kini. mereka tidak lari daripada kehendak dunia. ada yang punya sahabat yang baik, tetapi ditinggalkan.

selagi masih ada waktu. marilah kita bersama-sama menasihati antara satu sama lain, agar ALLAH merahmati kita semua seterusnya kita dapat membina satu dunia yang penuh dengan kasih sayang kerana ALLAH. tetapi sejauh manakah manusia bersedia mengerjakan sunnah besar ini. sunnah besar yang dimaksudkan ialah berdakwah.

kekadang kehadiran orang yang menasihati kita seringkali dirasa janggal dan mengganggu akal dan fikiran. kekadang kehadiran seorang sahabat tidak di lihat sebagai satu rahmat ALLAH kepada kita. akhirnya kita biarkan dia dan tidak pedulikan sehingga dia pun hilang dari akal kita. sayang seribu kali sayang.

saya ingin menyeru kepada rakan semua hargailah apa-apa yang hadir dalam kehidupan dengan sebaiknya. apabila kita hilang, pasti tiada yang tumbuh hilang berganti. hidup ini hanya satu kali. dunia ini hanya sementara. ayuhlah kita bersama bergandingan berkasih kerana ALLAH seterusnya wujudkan biah islam yang terindah.

mudah-mudahan coretan yang ringkas ini dapat menyedarkan kita bahawa manusia ini sentiasa bergantungan, marilah bersama-sama kita bergantung kepada ALLAH.

No comments: