Thursday, October 28, 2010

SAHABAT




SEJAUH MANAKAH KITA MENGHARGAI SEORANG SAHABAT KITA,

APAKAH KITA SEDAR AKAN KEHADIRANNYA DISISI KITA

SEDARLAH WAHAI INSAN PUNYA HATI….

Tuesday, July 20, 2010



SIHAT SEBELUM SAKIT

Alhamdulillah… nadi empat kerat tulangku masih bergetar memuji yang maha Esa. Hari ini aku dapat meneruskan lagi pengajianku setelah diberi cuti sakit selama 2 hari. Tapi mataku tetap pudar dengan jerih kesakitan yang telah ku alami. Utusan malaikat maut jelas sekali membuat ku tangis merintih pada yang Esa. Kakiku terasa dingin sekali badanku bagai di mamah api kepanasan. Hatiku menjerit YA ALLAH. Adakah ini saat ku terima sakarat MU ya RABB. Tiba-tiba ingatanku terlayang pada sahabatku yang membantu ketika kepanasan badan ku kemuncak. Andai jiwa ini bertatahkan dunia disaat ini pasti aku tergolong dalam golongan yang rugi. Wahai zikrullah. Datanglah kau kepadaku untuk menyejukkan jiwaku yang resah. Wahai amalan wudu’ku datanglah kepadaku untuk melindungiku daripada api kemaraan dunia. Di saat ini ku melihat kawan-kawanku yang leka mungkin keranan sudah lama utusan malaikat maut tak datang melawat mereka.

Janganlah kalian salah anggapan kepada utusan malaikat maut yang cuba ku sampaikan. Maksudnya ialah SAKIT. Sesungguhnya sakit itu adalah utusan malaikat maut. Bagi mengingatkan kita pada kematian. Seseungguhnya sakit itu menyedarkan kita sebagai hamba ALLAH. Sesungguhnya sakit itu tanda ALLAH kasih pada kita. Sesungguhnya sakit itu mengkifaratkan dosa.

Kepada jiwa yang hidup marilah kita mengambil pengajaran daripada bingkisan coretan yang sempat ku lempiaskan agar menjadi pedoman… insyaALLAH

Saturday, July 17, 2010






ASSALAMUA’LAIKUM
KHAS BUAT SAHABAT DAN HATI YANG HIDUP

Sahabatku…
Semalam hatiku terketuk dengan bahan bacaan ilmiah yang ku pinjam daripada ustaz Mad. Tajuknya ‘Misteri Alam Kubur’. Dalam keadaan kelesuan kerana sakit dan selsema. Ku gagahi mata untuk meleretkan perkataan demi perkataan.
Kesimpulannya boleh ku unggapkan kematian adalah benar. Bertepatan dengan surah Ali-Imran ayat 185:

185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati…

Pernahkah kita terfikir bilakah mati akan menjemput kita. Sedar tidak sedar, saban hari sahabat karib kita akan datang melawat kita sebanyak 70 kali. Sahabat karib kita lebih mengenali kita lebih daripada seorang ibu mengenali anaknya. Sahabat karib itu namanya Izrail, Malaikat maut. Apakah kita telah bersedia di saat berjabat dengan kematian. Sejauh manakah amalan kita dapat menolong kita.

Sahabatku,
Tahukah kita siapa yang akan datang menolong kita apabila liang lahad menjadi rumah kita dan apabila diri didatangi 2 orang malaikat. Tahulah kalian penolong diwaktu itu ialah amalan membaca surah Al-Mulk dan Surah As-Sajdah. Menjelmalah mereka melingdungi diri ini daripada diseksa oleh 2 malaikat yang telah di tugaskan oleh ALLAH. Kedua-dua surah akan menghadap ALLAH sambil memohon ALLAH untuk melepaskan seksaan kubur ke atas kita. Bicara surah itu ‘si polan ini mengamalkan bacaan sehingga sebati dengan jiwa, mulut si polan telah dipenuhi dengankku, andai kau tak lepaskan dia, maka kau hapuskan aku dari kitabmu ya ALLAH. Akhirnya ALLAH melepaskan si polan dan di limpah rahmat.

Sahabatku,
Sekadar ini sahaja dulu bingkisan tazkirah agar kau dan aku dapat melayari kehidupan ini dengan perasaan takut kepada ALLAH. Marilah kita menjadi orang yang bijaksana edngan mengingati kematian. insyaALLAH.

Salam ukhuwah fillah daripadaku

Friday, July 16, 2010


Asslamua'laikum...

Telah lama kalamku tidak disulamkan di blog... Begitulah lamanya kehidupanku yang telah sekian lamanya terisi dengan suka duka, pahit dan manis kehidupan. Begitu lamalah aku telah melabuhkan layar melayari bahtera kehidupan di bumi perjuanganku ini. Telah banyak badai ku tempuhi bersama sahabat yang aku kasihi. Sebagai penyedap mata dan halwa telinga, terimalah sulaman kalam suteraku buat kalian yang bergelar sahabat.

Daripada Ali Bin Abu Talib telah meriwayatkan bahawa terdapat dua orang sahabat yang beriman dan dua orang sahabat yang kafir. Di saat seorang sahabat yang beriman kepada ALLAH meninggalkan dunia. Maka berpisahlah mereka. Disaat roh sahabat yang beriman ini bertemu dengan ALLAH. Dia merasakan kebahagian dengan rahmat ALLAH dan dimasa ALLAH menunjukkan timbal balas kebaikkan dan amal soleh. Maka berkatalah dia kepada ALLAH. “wahai tuhanku, sesungguhnya sahabatku telah mengingatkan aku kepadaMU, dan mengingatkanku untuk beribadah kepadaMU. Maka janganlah sesat dia setelah ketiadaanku ya ALLAH”. Seberapa lama kemudian sahabat orang beriman ini meninggal dan roh mereka bertemu. Masing-masing memuji antara satu sama lain. Begitulah kasih dan sayangnya mereka antara satu sama lain yang membawa rahmat ALLAH. Manakala orang kafir sebaliknya pula. Apa yang penting pengajaran daripada kisah di atas. Sahabat merupakan orang penting dalam hidup kita. Oleh yang demikian janganlah tersalah memilih sahabat.

Sekian sahaja kalam ku karang. insyaALLAH lain masa dan waktu ku akan bicara lagi. Buat sahabat yyang ku kasihi, semoga ALLAH merahmati kalian. Aku mengasihi dan menyayangi kalian kerana ALLAH…