Monday, May 4, 2009

HARAPAN BERSAMA SAHABAT
Pada 17 julai 2008, Ana telah menjejaki kaki di bumi IPSAH yang ana belum pasti apakah ana boleh teruskan perjuangan disini. Ana tak tahu apakah bumi IPSAH ini lubuk emas umpama MRSM yang hanya ana perlu bawa penukul untuk menimba emas. Ana menyilinap seluruh pandangan bumi keguruan ini dengan bekalan yang tak seberapa. Ana sangkakan kehidupannya penuh kecelaruan seperti ana di matrik dahulu. Pandangan ana amat meleset sekali.rupa-rupanya kehidupan di sini umpama syurga belajar. Tiada tekanan yang perlu di tanggung ana.
Pada nafas pertama ana di bumi IPSAH ini, ana cukup gentar untuk mencari sahabat yang boleh menemani ana dalam perjuangan yang belum pasti penghujungnya. Apa yang pasti ikhwah ana di bumi ini umpama dedaunan yang melata hijau. Tapi yang mana satu boleh ana harapkan. Pada hari kedua, ana terlihat kerdipan harapan daripada murabbi di IPSAH, ustaz Dr Reduan. Ustaz ini ku kenali melalui murabbiku, cikgu yang aku paling kasihi, cikgu Zamri. Untuk pengetahuan kalian cikgu Zamri bukan sahaja mengajar ilmu duniawi kepadaku, tetapi dia telah mengajar ilmu kehidupan untuk mencapai halawatul iman. Ana uhibba anta ya cikgu. Daripada cikgu Zamrilah yang telah mendidik ana dalam mencari sahabat yang benar yakni yang bertunjangkan kerana ALLAH semata-mata. Dari situ, ana dapat lihat faedah dunia dan akhirat. Sesungguhnya ALLAH telah berjanji salah satu golongan yang berada di bawah naungan ALLAH ketika di masyar kelak adalah golongan yang berkasih kerana ALLAH s.w.t. .
sekarang sudah tiba masanya ana mencari sahabat untuk menemani ana berjuang dalam menegakkan syariat ALLAH s.w.t. di bumi IPSAH. Ana telah bbersedia untuk mengembangkan sayap dan belajar untuk terbang mewarnai kehidupan ana dan sahabat dengan didikan jiwa daripada naqib ana, abang Shauqy. Pada penggal semester yang lalu ana gelintar dalam asbut. Dimana sahabat yang ana perlu damping. Ana cuba berpaut pada dedalu kehidupan dunia. Tapi itu semua hanya parasit semata-mata. Ana mencari, meredah hutan kehidupan manusia. Mencari cahaya sinar harapan untuk bersahabat. Disebalik semak samun hutan itu ana terlihat aliran sungai yang mengalir lesu ke muara. Sungai itu rupanya sedang merintih dengan kepiluan. Sungai itu menghamburkan air keresahan dalam jiwa ana. Ana terus berjalan mencari pinggir hutan itu. Setibanya ana disana, gerimis pilu telah mengghiris dada langit harapan ana. Tiba-tiba terpancar sinar daripada mega keresahan itu. Sinaran itu indah sekali. Ana tidak pernah lihat sinaran yang bercahaya emas. Pantulan cahaya itu menyimbah bumi. Ana berpaling didada langit, ana toleh ke belakang. Ana terlihat pula pelangi kebahagiaan yang terbias dari cahaya tadi. Ana baru mengerti rupa-rupanya kehadiran cahaya pada gerimis pilu itu gandingannya adalah pelangi kebahagian.
Kini ana telah menemui sahabat yang bisa menemani ana dalam perjuangan. Apakah kalian tahu dan mengerti siapakah mereka. Cahaya dan pelangi itulah sahabat ana. Kini ana yakin untuk bergerak dalam hutan itu. Dengan gandingan cahaya dan pelangi itu, ana akan simpulkan dengan persahabatan yang berpaksikan ALLAH.sahabat ana kira antum berdua sudi untuk menemani ana dalam perjuangan kalian. Ana akui ana memang seorang lemah, banyak kekurangan yang perlu ana baiki. Ana pinta pada kalian pimpinlah tangan ana tunjuklah perkara yang hak agar ana tidak menyimpang dari jalan yang benar.
Tapi, mengapa kalian seolah-olah ingin mengelak dari ana sedangkan kita menangguk di kolam yang sama, bersiram dari air yang sama. Apakah kerana kalian sudah terjebak dengan lakonan jiwa yang palsu, yang antum belum pasti. Sahabatku, ana bukannya cemburu atau iri hati dengan antum yang berwajah indah kurniaan illahi. Tapi ana bimbang antum tidak dapat bertahan dengan pedihnya cinta manusia yang bernama wanita yang belum pasti. Kecualilah isterimu yang pasti akan menemani kalian di syurga kelak. Sahabat akan ana cuba memberi peringatan kepada diri ana dan kalian dengan cara yang penuh hikmah.
Sahabatku, harapan ana pada antum ialah peganglah buhul yakni tali syariat dengan seteguhnya, dan janganlah antum tinggalkan ana bersendirian walaupun ALLAH bersamaku, ana inginkan sahabat yang boleh menemani dalam perjuangan menegak hak dan batil di bumi IPSAH ini.duhai sahabat angin semilir itu menyapa pipiku terasa nyaman menyetuh kalbu. Sahabat, kalian mesti pernah mendengar setiap pejuang aada temannya. Seperti penghulu kita, nabi Muhammad teman perjuangan baginda ialah saidina Abu Bakar. Nabi Musa pula teman perjuangannya ialah nabi Khidir. Nabi Sulaiman pula permaisuri Balqis yag bijaksana. Dan teman dalam perjuanganku adalah kalian .
sahabat ana rasa cukuplah setakat ini dahulu kalam disulam sebagai wadah melepaskan rasa rindu pada kalian. Rindu untuk berjuang bersama-sama, bergurau senda dan melakar potret kehidupam yang indah bersama kalian. Ana berundur diri dengan doa pada tuhan yang Esa agar ana pergi terlebih dahulu daripada antum berdua kerana ana tak sanggup menghadapi perpisahan dengan antum berdua. Ana amat berharap kita dapat bertemu di sana didalam taman-taman yang telah tercatat dalam al qur’an. Berkumpul sambil memuji illahi. Sekian sahaja salam rindu dan harapan pada antum berdua…

No comments: