Friday, January 21, 2011

KU INGIN KAU TAHU

ku ingin kau tahu,
aku sayang padamu,
aku ingin kau tahu,
aku rindu kamu,
ku ingin kau tahu,
aku kasih padamu,

disaat kau menghilang,
dibalik mega yang mulus,
aku tercari-cari mana bayanganmu,
ingin ku cari mana dirimu,
disaat kau pergi bagaikan angin,
ku cuba intai dedaun meliuk,
mungkin disitu kau sedang bertandang,
bagaikan bayu yang dingin,
yang membalut diriku ini,
dalam kepanasan rindu padamu,

kembalilah kepadaku wahai teman,
kini ku bagaikan terkesima di simpang,
yang suram bermuram durja,
manakah janji termenterai,
antara kita bersama,
apakah sudah hilang dibawa puput,
yang hanya tinggal kenangan,

disaat kau tenung diriku yang kikir,
membawa senyuman yang menambat kalbu,
merungkai segala kesedihan diri,
kaulah sahabatku yang aku kasihi,
walaupun hatiku sering terluka dengan mu,
kau tetap sahabat yang baik,
dalam ingatanku ini,

Aku ingin kau tahu,
Zuhudku hanyalah sejengkal,
Ingin mencari ketenangan yang hakiki,
Norma yang berduri meracuni,
Unggapan yang berbisa darimu,
Dan aku hanya insan yang lemah,
Dan aku juga perlukan sokonganmu,
Imanku bukanya seperti para sahabat,
Nilainya diisi ALLAH belum pasti beratnya,

Mungkin inilah takdirku,
Untuk bertemu denganmu di satu simpang,
Haluannya yang belum pasti,
Antara kebenaran dan kebatilan,
Mungkin aku ini bertepuk sebelah tangan,
Mungkin juga aku ini yang terlalu bergantung,
Antara keimanan dan kejahatan,
Dan terus alpa dalam dunia sementara,

aku ingin kau tahu, kau sahabatku,kerana aku telah berrjanji pada diri ini, bahawa kau lah temanku dunia dan akhirat, pahit mana sekalipun aku tetap tegar membantumu dan mengajak merasai halawatul iman bersama-sama, biarlah kita bersahabat sehingga ke syurga...

sekian... lafaz yang tercipta... buat sahabat yang disayangi...


No comments: